Thursday, 12 April 2018

TRANSFORMASI NILAM

  APAKAH NILAM?


"NILAM" atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.

Ini merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.



MATLAMAT



Program NILAM bertujuan untuk membina tarbiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.

OBJEKTIF


  • Menjadikan pelajar banyak membaca, bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan. 
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini. 


LAGU TEMA NILAM