Sejarah PSS




Sejarah Penubuhan Pusat Sumbar Sekolah                    
   SMKA Sharifah Rodziah
 
           
      

        Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMKASR telah berkembang selari dengan peredaran zaman dan teknologi. Konsep PSS sebagai “payung” kepada sekolah telah dimanfaatkan dengan menamakan semula PSS SMKASR kepada Darul Hikmah SMKASR.

        PSS SMKASR wujud seawal penubuhan SMKA Saharifah Rodziah pada tahun 1970. Ketika itu PSS hanya ditempatkan di dalam bilik darjah dengan kemudahan dan buku yang terhad. Penambahan blok bangunan telah membolehkan perpustakaan bertukar lokasi ke bangunan baru iaitu Blok D. Sesuai dengan tguntutan dasar pendidikan , sebuah bilik tayang juga dapat diwujudkan ( bersebelahan bilik perpustakaan ). Sesuai dengan awal pembinaan, bilik tayang juga dapat diwujudkan dan hanya dilengkapi dengan 2 buah tv dan 3 buah radio. Namun keluarga As-Sharifah  memanafaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan.

        Pada tahun 1988 dan 1992 semasa prtandingan Perpustakaan Terbaik, Perpustakaan SMKASR telah memenangi hadiah sagu hati. Sekalung penghargaan kepada Pn, Hajjah Jumaiyah Binti Hashim. Hal ini kerana  dengan usaha gigih beliaulah maka sebuah bilik komputer berjaya diadakan pada tahun1990. Sebanyak 10 buah komputer telah ditemnpatkan dibilik tersebut atau dikenali sebagai bilik akses dan diguna sepenuhnya oleh warga As-Sharifah pada sebelah petang.

      Pada tahun yang sama PSS SMKASR telah berjaya mencapai peruntukan untuk membina blok tambahan iaitu blok E. Sebuah makmal bahasa dan sebuah bilik komputer kekal ( makmal Komputer) telah diwujudkan. Kemudiannya bilik audio visual ( bilik Rakaman Mini) telah diwujudkan.

        Pada tahun 2000, pengetua iatu Pn. Nor Hayati Lebai Isa dan Guru Penolong Kanan 1, Yang Berbahagia Datin Hajjah Hasiah Binti Hassan telah melihat PSS SMKASR perlu dimurnikan lagi.Rentetan dari itu beberapa usaha telah dilakukan. Antaranya ialah menjadikan Bilik Komputer dan Bilik Bestari dengan memuatkan 16 buah komputer sumbangan PIBG serta menaiktarafkan perkhidmatan dan pentadbiran PSS.


        Demi melicinkan pentadbiran dan pengurusan PSS, 2 buah komputer telah disumbangkan ke perpustakaan. Sumbangan ini berjaya menggerakkan penggunaan sistem automasi di kaunter sirkulasi. Pencapaian ini seterusnya berjaya meletakkan PSS SMKASR ditempat pertama pada pertandingan PSS Cemerlang 2003 peringkat negeri Melaka ( Luar Bandar). Pada 2001, PSS SMKASR telah dinamakan semula iaitu hasil cadangan Pn. Nor Hayati Lebai Isa. Kejayaan manis terus berbunga apabila Darul Hikmah turut dicalonkan ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan PSS Cemerlang tahun 2004. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan, beberapa lokasi di sekitar kawasan sekolah telah diwartakan sebagai sudut Sumber dengan mengambil pakai konsep “ sumber di mana-mana”.




BIL.

LOKASI SUMBER
BILANGAN (UNIT)
1.
DH
1
2.
Cawangan DH
2   (di asrama & makmal komputer)
3.
Taman Herba
1
4
Bilik Warisan
1
5.
Taman / Dataran
7
6.
Makmal / Bengkel
8
7.
Sudut Tangga /Dinding
2   ( blok D & E )
8.
Anjung / Laluan Ilmu
2
9.
Pondok Ilmu
5


Jadual :  Sudut Sumber  di mana-mana

No comments:

Post a Comment